- Lain-lain
Keamanan dan Kestabilan Aspirasi Bersama Masyarakat Antarabangsa - Wang Yi
Menteri Luar China Wang Yi berkata keamanan dan kestabilan tetap merupakan aspirasi bersama masyarakat antarabangsa, manakala kolaborasi Selatan Global adalah hala tuju perkembangan sejarah, tidak kira bagaiamana situasi antarabangsa berubah.
Wang Yi, yang juga Ahli Biro Politik dan Ketua Jabatan Hubungan Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), berkata demikian ketika menghadiri Mesyuarat Penasihat Keselamatan dan Wakil Kanan bagi Urusan Keselamatan Nasional BRICS ke-15, yang diadakan di Brasilia, ibu kota Brazil pada Rabu waktu tempatan.
Wang berkata, berdepan soalan "Membiarkan penularan unilateralisme, atau mempertahankan multilateralisme?", negara-negara BRICS perlu memberikan jawapan yang jelas.
Beliau berkata, BRICS perlu dengan tegas mempertahankan hak membangun, tidak boleh membiarkan hak dan kepentingan sah diri diceroboh atau dirampas. Organisasi ini perlu bersatu padu untuk menghalang tindakan penindasan, serta mempertahankan hak dan ruang membangun bagi negara-negara membangun.
Di samping itu, menurut Wang, BRICS perlu secara proaktif membimbing kolaborasi dan kerjasama, serta menjaga multilateralisme.
Beliau menegaskan, BRICS hendaklah mengangkat multilateralisme, memelihara sistem antarabangsa yang berteraskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), memelihara mekanisme perdagangan multilateral yang berteraskan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), agar mendorong orde antarabangsa menuju ke arah lebih adil dan rasional.
- Kehadiran Rakan Kongsi Buka Pintu Kerjasama Baharu Buat BRICS
- Xi Tawar Pendekatan Ala China, Perkukuh Kerjasama BRICS
- Jana Impak Sosial "Selatan Global" Bina Komuniti Berkongsi Nasib - Xi
- Senarai Negara Rakan BRICS Bakal Diumum: Putin
- Xi Pulang selepas Hadir Sidang Kemuncak BRICS
- Xi Hadir Dialog Pemimpin 'BRICS+'
- Xi Bertemu PM India
- Rancakkan Landskap Pembangunan “Kerjasama BRICS Raya” - Xi
- Xi Bertemu Presiden Iran
- Xi Hadir Sidang Kemuncak BRICS ke-16