- Lain-lain
Lawatan Xi Diyakini Terus Perkaya Konotasi Penyelarasan Strategik China, Rusia: MFA
Presiden China Xi Jinping akan mengadakan komunikasi strategik dengan rakan sejawatnya dari Rusia Vladimir Putin mengenai perkembangan hubungan bilateral dalam situasi baharu serta isu-isu penting antarabangsa dan serantau sempena lawatan rasminya ke Rusia.
Jurucakap Kementerian Luar (MFA) China berkata konsensus penting yang bakal dicapai pemimpin kedua-dua negara pasti akan terus memperdalam kesalingpercayaan politik antara China dengan Rusia, sekali gus memperkaya konotasi penyelarasan strategik dan memacu kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang.
Ia juga diyakini akan membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, di samping menyumbang lebih banyak kestabilan dan tenaga positif untuk masyarakat antarabangsa.
Tahun ini menandakan ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Anti-Fasis Dunia.
Menurut jurucakap itu, Xi dan Putin telah mencapai persepakatan untuk bersama-sama menegakkan pandangan betul terhadap sejarah Perang Dunia II, memelihara hasil kemenangan perang itu dan orde antarabangsa pasca perang serta mempertahankan keadilan antarabangsa.
Tahun ini juga merupakan ulang tahun ke-80 penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Jurucakap itu berkata China dan Rusia akan terus merapatkan koordinasi di platform multilateral termasuk PBB, Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) dan BRICS, menyatupadukan Selatan Global dan menerajui tadbir urus global mengikut hala tuju yang tepat.
Kedua-dua negara juga akan tegas menentang unilateralisme dan amalan membuli, di samping berganding bahu menggalakkan multipolarisasi dunia yang sama rata dan teratur serta globalisasi ekonomi yang terangkum dan menguntungkan semua.
Presiden Xi dijadual mengadakan lawatan negara ke Rusia bermula 7 hingga 10 Mei dan menghadiri majlis sambutan ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Patriotik Besar di Moscow atas jemputan Putin.
- Putin Ditemui Wang Yi
- Wang Yi Lawat Rusia Minggu Depan
- Wang Yi Bentangkan Lima Perkara tentang Isu Nukear Iran
- China, Rusia dan Iran Tegaskan Dialog Satu-satunya Pilihan Berkesan bagi Isu Nuklear
- Pertemuan China-Rusia-Iran di Beijing, Kemajuan Terkini Isu Nuklear Iran
- China, Rusia dan Iran Adakan Pertemuan di Beijing Bagi Isu Nuklear Iran
- Presiden Xi Ditemui Setiausasha Majlis Keselamtan Rusia Shoigu
- Xi, Putin Bual Menerusi Telefon
- China, Rusia Komited Dorong Pembinaan Multi-Polarisasi yang Sama Rata dan Teratur
- Xi, Putin Bertemu Melalui Persidangan Video, Komited Angkat Kesaksamaan dan Keadilan Antarabangsa