Pertemuan China-Rusia-Iran di Beijing, Kemajuan Terkini Isu Nuklear Iran

(CRI)Jumaat 14 Mac 2025

Pertemuan China-Rusia-Iran akan diadakan di Beijing pada 14 Mac, dan ia merupakan usaha diplomatik terkini China dalam mendorong isu nuklear Iran diselesaikan dengan baik, kata jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang akhbar di Beijing, pada Khamis.

Beliau berkata pertemuan itu bertujuan untuk meningkatkan komunikasi dan koordinasi antara pelbagai pihak terlibat, menyediakan syarat bagi penyambungan semula dialog isu berkenaan.

Mao berkata, sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), China berpendirian teguh dalam isu nuklear Iran iaitu ia perlu diselesaikan menerusi saluran politik dan diplomatik, dan demi membela sistem kawalan nuklear antarabangsa serta mempromosikan kedamaian dan kestabilan di Asia Barat.

"Dalam situasi ketika ini, pelbagai pihak terlibat harus bertenang untuk mengelakkan situasi nuklear daripada meningkat malah menimbulkan konfrontasi atau konflik.

"China berharap semua pihak terlibat agar bergerak sehala, meningkatkan keyakinan, menghapuskan kesalahfahaman, supaya menjadikan penyambungan semula rundingan realiti," kata Mao.

Rundingan China-Rusia-Iran diadakan di Beijing pada Jumaat, dipengerusikan Naib Menteri Luar China Ma Zhaoxu, dan turut disertai Naib Menteri Luar Rusia Ryabkov Sergey Alexeevich dan Naib Menteri Luar Iran Kazem Gharibabadi.

Mereka akan bertukar-tukar pendapat tentang isu nuklear Iran dan isu-isu lain yang menjadi perhatian bersama.

Video

Berita Berkaitan