- Lain-lain
Pemain Snuker China Dinobat Juara Dunia Pertama Dari Asia (3)
(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 06 Mei 2025
![]() |
Zhao Xintong, pemain snuker China bergambar dengan trofi selepas memenangi perlawanan terakhir menentang pemain dari Wales, Mark Williams semasa Kejuaraan Snuker Dunia di Crucible Theathre, Sheffield, United Kingdom pada 5 Mei 2025. |
Pemain snuker China, Zhao Xintong memecahkan rekod apabila menjadi pemain Asia yang pertama untuk memenangi Kejuaraan Snuker Dunia selepas menewaskan pemain veteran dari Wales, Mark William 18-12 pada Isnin.
Zhao yang berusia 28 tahun itu mendominasi dua sesi pertama pada Ahad (11-6), dan menambah baik kelebihannya kepada 17-8 selepas sesi ketiga pada Isnin.
Untuk rekod, Zhao dikenakan sekatan selama 20 bulan selepas didapati melanggar peraturan pertaruhan dan menamatkan sekatan itu pada September lalu. Beliau mendapat semula tempatnya di kejuaraan dunia selepas memenangi empat pusingan kelayakan sebagai pemain amatur.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara © People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang