- Lain-lain
Xi, Raja Sweden Bertukar Ucapan Tahniah Sempena 75 Tahun Hubungan Diplomatik
Presiden China Xi Jinping dan Raja Sweden Carl XVI Gustaf saling bertukar ucapan tahniah pada Jumaat sempena ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
Dalam perutusannya, Xi menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Raja Carl dalam memperkukuh kesalingpercayaan politik, memperkasa kerjasama praktikal dan mempererat pertukaran antara rakyat.
Beliau juga menyeru sokongan bersama terhadap multilateralisme dan perdagangan bebas sehingga membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara dan memberi sumbangan lebih besar kepada keamanan dan kemakmuran dunia.
Sementara itu Raja Carl menzahirkan harapan supaya kerjasama rapat Sweden-China terus diperkukuh dan baginda menantikan perkembangan berterusan hubungan persahabatan antara kedua-dua negara.