Hefei Bina Kluster Perusahaan Teknologi Kuantum yang Kuat

Origin Wukong, komputer kuantum superkonduktor generasi ketiga yang dibangunkan secara sepenuhnya oleh China, dipamerkan pada Konvensyen Pembuatan Dunia 2024 yang diadakan di Hefei, Provinsi Anhui, timur China pada 20 September 2024. (People’s Daily Online/Wang Yushi)

Origin Wukong, komputer kuantum superkonduktor generasi ketiga yang dibangunkan secara sepenuhnya oleh China, dipamerkan pada Konvensyen Pembuatan Dunia 2024 yang diadakan di Hefei, Provinsi Anhui, timur China pada 20 September 2024. (People’s Daily Online/Wang Yushi)

Di sepanjang Jalan Yunfei di Zon Pembangunan Industri Berteknologi Tinggi Kebangsaan Hefei di Provinsi Anhui, timur China, tanda ‘kuantum’ yang utama boleh didapati pada sela yang kerap. Justeru, jalan itu dikenali sebagai ‘Jalan Kuantum’ bagi ramai rakyat tempatan.

Di kedua-dua bahagian jalan, terdapat lebih daripada 30 perusahaan teknologi kuantum terkemuka, yang meliputi pengkomputeran kuantum, komunikasi kuantum, dan pengiraan kuantum, sekali gus membentuk kluster industri kuantum yang paling tertumpu di China.

Antara perintisnya adalah Syarikat QuantumCTek, yang diruang pamerannya menawarkan serba-serbi tentang pembangunan teknologi kuantum. Skrin besar memaparkan bahan visual langsung projek ‘Beijing-Shanghai Backbone’, talian tulang belakang komunikasi yang dijamin kuantum – menghubungkan Beijing dan Shanghai.

“Risiko penyulitan digital tradisional dikompromi dalam menghadapi kuasa pengiraan yang besar.

“Namun demikian, pengedaran kunci kuantum, menawarkan pertahanan yang teguh terhadap ancaman sedemikian, memberi jaminan terhadap data meskipun keupayaan pengkomputeran untuk meningkat,” jelas Peng Chengzhi, ketua saintis QuantumCTek.

Ditubuhkan pada 2009, QuantumCTek memainkan peranan penting dalam projek utama oleh Hefei (ibu kota Provinsi Anhui) untuk mewujudkan rangkaian demonstrasi eksperimen komunikasi kuantum.

“Kami membina rangkaian komunikasi kuantum pertama di dunia. Apa yang dahulunya terhad kepada prototaip makmal kini telah berkembang menjadi teknologi gred industri,” kata Zhou Lei, naib presiden syarikat itu.

Seorang pekerja di ZL Cryogenic di Hefei, Provinsi Anhui, di timur China, sedang memasang peti sejuk pencairan suhu ultra rendah yang digunakan dalam pengkomputeran kuantum. (People’s Daily Online/Liu Yucai)

Seorang pekerja di ZL Cryogenic di Hefei, Provinsi Anhui, di timur China, sedang memasang peti sejuk pencairan suhu ultra rendah yang digunakan dalam pengkomputeran kuantum. (People’s Daily Online/Liu Yucai)

Peranti pengedaran utama kuantum syarikat itu yang dahulunya bersaiz sebesar peti sejuk, kini telah mengecil sehingga bersaiz perakam video – iaitu satu penanda kemajuan teknologi yang sangat jelas.

“Hari ini, sistem kami boleh diintegrasikan secara terus ke dalam pelbagai jenis peranti, sekali gus menjimatkan kos pemasangan secara signifikan,” tambah Zhou.

Kemajuan aspek teknologi telah mendorong kepada pembinaan jaringan kawasan metropolitan kuantum buat Hefei, yang seterusnya menerajui negara dalam skala, jumlah pengguna dan pengaplikasian, serta dalam projek ‘Beijing-Shanghai Backbone’. Pelancaran satelit kuantum pertama dunia yang dinamakan ‘Micius’ juga secara tidak langsung memberikan lagi jaminan terhadap komunikasi kawasan bandar dan domain antara bandar ke ruang angkasa.

“Hefei menjadi hub utama dalam inovasi teknologi kuantum, dengan menempatkan hampir sepertiga syarikat teknologi kuantum di China,” ujar Lyu Bo, timbalan pengarah biro sains dan teknologi Hefei.

Beliau berkata, bandar itu telah menarik lebih daripada 70 perusahaan huluran dan hiliran dalam rantai industri kuantum, sekali gus menduduki tangga pertama dalam ranking negara. Dari penyelidikan yang asas dan penemuan teknologi utama kepada pembangunan kejuruteraan dan pengkomersialan, Hefei telah menyediakan asas untuk ekosistem kuantum berintegrasi dan kukuh.

Satu lagi pencapaian utama dalam pengkomputeran kuantum telah dikecapi pada awal tahun ini apabila saintis China memperkenalkan ‘Zuchongzhi 3.0’, iaitu prototaip komputer kuantum superkonduktor dengan 105 qubit (bit kuantum), sekali gus memperbaharui rekod dalam kelebihan pengkomputeran kuantum di dalam sistem superkonduktor.

Difahamkan, pencapaian itu turut meletakkan China di hadapan dalam kedua-dua pengkomputeran kuantum fotonik dan superkonduktor.

Di dalam makmal Syarikat Hefei Origin Quantum Computing, sebuah instrumen berbentuk silinder besar bernama ‘Origin Wukong’ menjadi fokus utama. Komputer kuantum superkonduktor generasi ketiga yang dibangunkan oleh China sepenuhnya itu mewakili salah satu daripada komputer kuantum superkonduktor dan yang paling maju untuk diprogramkan.

Di dalam makmal Syarikat Hefei Origin Quantum Computing, para penyelidik sedang menentukur sebuah pengimbas prob berlian kuantum. (People’s Daily Online/Huang Yangyang)

Di dalam makmal Syarikat Hefei Origin Quantum Computing, para penyelidik sedang menentukur sebuah pengimbas prob berlian kuantum. (People’s Daily Online/Huang Yangyang)

Pada masa sama, pelancaran ‘Origin Wukong’ juga telah menjadikan Hefei bandar pertama di China yang menubuhkan rantaian pembuatan komputer kuantum superkonduktor tempatan. Sejak dilancarkan, mesin itu telah menerima lebih 20 juta lawatan jauh dari 139 negara dan wilayah di seluruh dunia, menyelesaikan lebih 340,000 tugas pengkomputeran kuantum dalam sektor seperti dinamik bendalir, kewangan dan bioperubatan.

Di sebalik kemajuan teknologi, Hefei telah memupuk ekosistem industri kuantum yang berkembang maju dengan menganjurkan platform peringkat teratas untuk pertukaran industri. Bandar itu telah menganjurkan empat persidangan berturut-turut mengenai teknologi dan industri kuantum, di samping forum dan acara akademik berkelas tinggi, memudahkan kerjasama merentas keseluruhan rantaian industri kuantum.

Usaha tersebut juga telah merapatkan jurang projek huluan dan hiliran, selain menarik sumber dan bakat inovasi, memupuk pengelompokan perusahaan kuantum serta meletakkan Hefei sebagai hab global yang berpengaruh untuk teknologi kuantum.

Video

Berita Berkaitan