- Lain-lain
CHITEC ke-27 Tampilkan Lebih 1,200 Hasil Inovasi
(CRI)Jumaat 09 Mei 2025
Ekspo Teknologi Tinggi Antarabangsa Beijing China (CHITEC) ke-27 yang membuka tirainya pada Khamis, mempamerkan lebih 1,200 hasil inovasi teknologi terkini.
Dengan keluasan ruang pameran kira-kira 50,000 meter persegi, ekspo itu dibahagikan kepada enam zon yang masing-masing menumpukan kepada teknologi maklumat, pembuatan pintar, farmaseutikal dan kesihatan, mesra alam, ekonomi digital dan usaha inovasi.
Dijadual berlangsung selama empat hari di Pusat Konvensyen Negara di Beijing, CHITEC edisi kali ini menyaksikan penglibatan lebih 800 perusahaan dan institusi teknologi dari dalam dan luar negara.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara © People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang