- Lain-lain
Siri Aktiviti "China Shopping" Diadakan
China akan mengadakan siri aktiviti "China Shopping" bagi memberi insentif kepada kalangan pengguna terutama dari luar negara untuk membeli barangan berkualiti pada harga berpatutan.
Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Perdagangan China, He Yadong dalam sidang media di sini pada petang Khamis.
He berkata, pelbagai kerja persiapan untuk memperincikan dan menyempurnakan prosedur rebat kewangan kepada pembeli sebelum keluar China, berjalan lancar di merata tempat pada masa sekarang. Pihak berkuasa tempatan sudah diarahkan untuk mengemaskini pendaftaran kedai-kedai yang terbabit, menurunkan paras rebat tarif dari RMB500 (RM300) kepada RMB200 (RM120), dan menaikkan siling rebat tarif dari RMB10,000 (RM6,000) kepada RMB20,000 (RM12,000), bagi memberi insentif kepada pelancong inbound membeli-belah.
Dimaklumkan lagi, jualan berkaitan rebat tarif dalam tempoh cuti "1 Mei" sempena berlangsungnya "Pesta Beli-belah 5 Mei" Shanghai Ke-6 meningkat 1.2 kali tahun ke tahun.
Sementara itu, bandar Beijing pula menyaksikan peningkatan 73 peratus jualan berkaitan rebat tarif dalam tempoh cuti "1 Mei", susulan pelaksanaan Panduan Rebat Tarif Sebelum Keluar China dalam bahasa asing dan Peta Elektronik Kedai-kedai Rebat.
Seterusnya, Kementerian Perdagangan China akan memperhalusi pelaksanaan siri aktiviti "China Shopping", bagi memudahkan dan memberi insentif yang lebih berbaloi kepada kalangan pengguna baik tempatan mahupun asing.
- Program Subsidi China Rangsang Penggunaan Produk Digital
- Penggunaan di Kawasan Luar Bandar China Pamer Kekuatan
- China Kemuka Pelan Inisiatif Istimewa, Mahu Rancakkan Penggunaan
- China Keluarkan Pelan Tindakan Tiga Tahun, Mahu Optimumkan Persekitaran Pengguna
- TBC 2025: Cuti Panjang 8 Hari Dorong Penggunaan, Pelancongan
- Guangxi: Galak Penggunaan pada Tahun Baharu melalui Program Tukar Beli
- Mengenal Semula "Pengguna China"
- Servis Memasak di Pasar Basah Kini Jadi Pilihan Berbanding Masak di Rumah Atau Tapau
- Pasaran Wangian Berkembang Pesat di China
- Pasaran Pengguna Semakin Pulih