Laluan Pengangkutan Udara Kargo Urumqi-Belgrade Beroperasi

(CRI)Isnin 12 Mei 2025

Sebuah pesawat kargo Boeing 757-200 yang membawa sebanyak 24.7 tan barangan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tianshan Urumqi, wilayah Xinjiang pada awal pagi 10 Mei, dan selamat mendarat di lapangan terbang Belgrade selepas penerbangan selama 10 jam. Ia menandakan pengoperasian secara rasmi laluan pengangkutan udara kargo antara Xinjiang, China dengan Serbia.

Untuk rekod, nilai perdagangan China-Serbia mencatat 7 bilion Euro (RM33.77 bilion) pada tahun 2024, manakala Belgrade merupakan hab pengangkutan dan transit perdagangan penting di Eurasia Timur.

Pembukaan laluan pengangkutan udara kargo Urumqi-Belgrade bukan sahaja memendekkan masa pengangkutan kargo antara China dengan Serbia, malah mengurangan kos logistik dan meningkatkan keefesienan pengangkutan, sekali gus akan memberikan manfaat kepada pasaran perdagangan Serbia dan negara-negara sekitar.

Video

Berita Berkaitan