Kasih Sayang Ibu Lahir Pemimpin Berjiwa Rakyat

(CRI)Ahad 11 Mei 2025

Benang di tangan ibu,

Jahit baju buat si anak.

Jahitannya rapi lagi halus,

Takut meretas jika anak kelewatan.

Ketaatan anak sekecil hati rumput,

Masakan membalas kasih ibu yang umpama mentari.

Puisi bertajuk “Bisikan Hati Anak Perantau” ini pernah dideklamasikan Presiden Xi Jinping sebagai menzahirkan rasa kasih sayang terhadap ibu.

Xi sentiasa mengutamakan tali silaturahim dan menyifatkan nilai kekeluargaan yang murni sebagai kekuatan spiritual penting buat bangsa China.

Sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) pada 2001, Xi yang menyandang gabenor provinsi Fujian ketika itu menerima panggilan telefon daripada ibunya Qi Xin.

Ketika dimaklumkan anak tidak dapat pulang dalam hari perayaan, Qi Xin membuat pesanan, “Jalankan tugas dengan baik-baik, inilah ketaatan kepada ibu bapa.”

Sejak sekian lama, Xi sentiasa ingat akan pesanan ibu dan mengekalkan aspirasi asal sendiri.

Kasih sayang ibu turut menjadi sumber motivasi kepada Xi untuk memimpin rakyat berjuang ke arah mewujudkan modenisasi ala China dengan komitmen penuh terus berbakti kepada rakyat.

Video

Berita Berkaitan