Xi Ucap Tahniah kepada Perdana Menteri Australia

(CRI)Rabu 14 Mei 2025

Presiden China Xi Jinping menzahirkan ucapan tahniah kepada Anthony Albanese atas kejayaannya pada Pilihan Raya Umum Australia baru-baru ini sekaligus mempertahankan kedudukannya sebagai Perdana Menteri Australia bagi penggal seterusnya.

Xi menyampaikan ucapan tersebut menerusi panggilan telefon pada Selasa.

Beliau berkata, pertemuan mereka terdahulu telah menghasilkan konsensus penting mengenai isu strategik dan hala tuju hubungan dua hala yang telah memberi panduan bagi penambahbaikan dan pembangunan hubungan China-Australia.

Xi juga menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan Albanese dalam menggalakkan perkongsian strategik komprehensif China-Australia secara stabil dan berterusan demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

Pada hari sama, Perdana Menteri China, Li Qiang turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Albanese dan menyatakan bahawa China bersedia bekerjasama dengan kerajaan Australia yang baharu untuk mendorong perkongsian strategik China-Australia ke arah lebih matang dan stabil, sekali gus melakar pencapaian signifikan.

Video

Berita Berkaitan