Jalan Raya Antarabangsa China-Hanoi Mula Beroperasi

(CRI)Rabu 14 Mei 2025

China melancarkan dua laluan pengangkutan jalan raya antarabangsa baharu yang masing-masing bermula dari bandar Nanning di wilayah Guangxi melalui pintu sempadan Youyiguan, dan bandar Kunming di provinsi Yunnan melalui pintu sempadan Hekou, dengan menuju ke Hanoi, Vietnam pada Rabu.

Ini merupakan julung kalinya kenderaan kargo China memasuki wilayah pedalaman Vietnam menggunakan dokumen rasmi di bawah Perjanjian Pengangkutan Rentas Sempadan Sub Wilayah Mekong Besar.

Pengangkutan ini menggunakan model "satu kontena hingga ke destinasi" dan "satu trak hingga ke destinasi" yang memanfaatkan sepenuhnya kelebihan pengangkutan jalan raya yang cekap dan berkesan.

Berbanding dengan kaedah pengangkutan tradisional, setiap trak dapat menjimatkan kira-kira satu hari masa perjalanan dan mampu mengurangkan kos sebanyak 800 hingga 1,000 yuan (RM478 hingga RM600).

Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha China dan Vietnam untuk meningkatkan hubungan perdagangan dan ekonomi.

Video

Berita Berkaitan