Xi Balas Surat kepada Majlis Perniagaan Denmark di China

(CRI)Khamis 15 Mei 2025

Presiden China, Xi Jinping membalas surat kepada penanggungjawab Majlis Perniagaan Denmark di China (DCCC), untuk memberi galakan kepada pelbagai anggota DCCC supaya terus menyumbang ke usaha memperdalam kolaborasi yang saling menguntungkan serta memupuk persahabatan antara China dengan Denmark bahkan Eropah.

Xi berkata, beliau menghargai keterujaan penanggungjawab DCCC sepanjang beroperasi di China dan keyakinan sektor korporat Denmark terhadap pembangunan tempatan pada masa depan. China adalah destinasi pelaburan yang ideal, aman dan berbaloi baik pada masa lalu, dewasa ini mahupun masa depan. DCCC diharap terus memainkan peranan sebagai jambatan antara kedua-dua pihak China dengan Denmark bahkan Eropah.

Terdahulu, penanggungjawab DCCC atas nama sendiri dan nama institusinya mengutus surat kepada Presiden Xi bagi mengucapkan tahniah atas ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik China-Denmark, di samping menyatakan harapan agar memperdalam kerjasama dengan China.

Video

Berita Berkaitan