Martabatkan "Lapan Peraturan" Jana Impak Sosial - Xi

(CRI)Jumaat 16 Mei 2025

Petikan ucapan Xi Jinping yang merupakan Setiausaha Agung Parti Komunis China (PKC), yang berjudul "tidak berganjak daripada memartabatkan 'lapan peraturan' pucuk pimpinan bagi menjana impak sosial" diterbitkan dalam jurnal Qiushi pada Jumaat.

Xi menekankan, menjaga disiplin Parti merupakan faktor penentu bagi sama ada boleh kekal sebagai parti pemerintahan di negara ini, dan juga keefisienannya dalam menunaikan amanah rakyat.

"Lapran Peraturan" itu menegaskan peri pentingnya menjaga disiplin dan membina watak dan otak dalam pengendalian Parti terutama dalam Biro Politik.

Menurut petikan ucapan tersebut, Jawatankuasa Pusat PKC akan menganjurkan sesi pembelajaran mengenai "Lapan Peraturan" untuk seluruh anggotanya bermula tahun ini.

Untuk rekod petikan ucapan Xi yang baru diterbitkan itu menjangkau masa dari Disember 2012 hingga Mac 2025.

Video

Berita Berkaitan