Xi Utus Ucapan Tahniah kepada Forum Pengurangan Kemiskinan dan Pembangunan Mampan SCO

(CRI)Selasa 20 Mei 2025

Presiden China, Xi Jinping menzahirkan ucapan tahniah kepada Forum Pengurangan Kemiskinan dan Pembangunan Mampan Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) 2025 pada Selasa.

Dalam surat tahniah tersebut, Xi memaklumkan bahawa China berjaya mencapai sasaran pengurangan kemiskinan seperti yang ditetapkan dalam Agenda Pembangunan Mampan 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 10 tahun lebih awal daripada jadual melalui usaha gigih.

Beliau berkata dalam beberapa tahun kebelakangan ini, SCO giat menjalankan kerjasama dalam bidang pengurangan kemiskinan dan pembangunan mampan, serta mencapai hasil yang memberangsangkan.

Sebagai pengerusi bergilir SCO tahun ini, kata Xi, China bersedia untuk mengukuhkan komunikasi dasar dengan pelbagai pihak, berkongsi pengalaman dalam pengurangan kemiskinan, meningkatkan kerjasama praktikal demi bersama-sama membina dunia yang indah dan makmur tanpa kemiskinan.

Video

Berita Berkaitan