China Sokong Pakistan, India Tangani Perselisihan menerusi Dialog

(CRI)Rabu 21 Mei 2025
China Sokong Pakistan, India Tangani Perselisihan menerusi Dialog

China mengalu-alukan dan menyokong Pakistan dan India menangani perselisihan menerusi dialog, mencapai persetujuan gencatan senjata secara menyeluruh dan berkekalan serta menemui penyelesaian tuntas.

Demikian ujar Menteri Luar China Wang Yi ketika berbincang bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Pakistan Ishaq Dar di Beijing pada Selasa.

Wang berkata China kekal konsisten dengan pendirian menyokong usaha Pakistan dalam mempertahankan kedaulatan negara dan keutuhan wilayah, menempuh jalan pembangunan yang sesuai dengan keadaan sendiri serta kesungguhannya memerangi keganasan.

Selain terus mendukung peranan dimainkan Pakistan dalam urusan antarabangsa dan serantau, China komited untuk memantapkan perkongsian kerjasama strategik sepanjang masa yang terjalin antara kedua-dua negara.

Sementara itu, Dar menzahirkan penghargaan terhadap sumbangan dibuat China dalam menggerakkan pelaksanaan gencatan senjata dan proses perdamaian.

Beliau turut menyatakan kesediaan pihaknya untuk meneruskan perbincangan dan dialog dengan India ke arah meredakan situasi.

Video

Berita Berkaitan