- Lain-lain
Keindahan Musim: Xiaoman, Masa Apabila Bijirin Mula Berisi
Hari ini Xiaoman, penggal solar tradisional yang kedua bagi musim panas. Jom bersama Sisi di bandar Nanyang, provinsi Henan, dan rasai kemeriahan suasana musim panas di “Jelapang Bijirin Dataran Tengah” ini.
Xiamon merujuk kepada penggal apabila bijirin musim panas, seperti gandum di utara China, mulai berisi tetapi belum matang sepenuhnya. Di selatan, penggal solar ini membawa hujan dan menandakan tiba masanya untuk padi tanaman awal dituai dan disimpan.
Pada penggal Xiaoman, suhu dan kelembapan meningkat, yang boleh menyebabkan orang lekas marah. Untuk menenangkan angin, ramai yang melakukan aktiviti riadah popular seperti berjalan, berjoging dan bersenam taici.
Penggal ini juga masa penting dalam pemeliharaan ulat sutera. Pada zaman lampau, orang percaya bahawa dewa ulat sutera boleh melindungi ulat sutera daripada ditimpa penyakit dan bencana. Untuk menyampaikan kesyukuran, pengeluar sutera akan mengadakan ritual untuk memuja dewa berkenaan pada penggal Xiaoman. Seawal zaman purba, hasil sutera yang halus telah dijual ke luar negara melalui Jalan Sutera. Hari ini, sutera China terus tersebar luas di dunia mengikut Kereta Api Ekspres China-Eropah dan juga kapal-kapal dagang.
- Kehidupan Masyarakat China Dalam 12 Shichen
- Keindahan Musim: Hujan Biji-bijian
- Keindahan Musim: Qingming
- Keindahan Musim: Ekuinoks Musim Bunga
- Keindahan Musim: Pembangkitan Serangga
- Keindahan Musim: Air Hujan
- Keindahan Musim: Permulaan Musim Bunga
- Petani Seluruh China Tambah Sibuk Menjelang Yushui
- Seluruh China Sambut Hari Lichun dengan Pelbagai Amalan
- Kalendar 24 Musim: Trivia Tentang Salji Besar