China Capai Matlamat FYP Ke-14 Lebih Awal, Pelaburan Asing Melebihi USD700 Bilion

(CRI)Jumaat 18 Julai 2025

Kualiti pelaburan asing China terus meningkat, dengan jumlah pelaburan asing yang diterima sejak bermulanya Rancangan Pembangunan Lima Tahun (FYP) ke-14 melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu USD700 bilion (RM3 trilion).

Menerusi sidang media yang diadakan pejabat penerangan Dewan Negara China pada Jumaat, kerjasama antarabangsa dalam rantaian pengeluaran dan bekalan juga berjalan lancar, dengan kadar pertumbuhan tahunan purata pelaburan di seberang laut melebihi 5 peratus, menjadikan China sebagai antara tiga sumber pelaburan utama dunia.

Sementara itu perdagangan barangan China kekal di kedudukan pertama di dunia, dengan bahagian pasaran eksport dan import masing-masing kekal pada paras 14 dan 10 peratus.

Sementara itu, pasaran perdagangan perkhidmatan pula menduduki tempat kedua

Video

Berita Berkaitan