- Lain-lain
Presiden China, Mauritania Bertukar Ucapan Tahniah Ulang Tahun ke-60 Hubungan Diplomatik
Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Mauritania, Ghazouani telah bertukar ucapan tahniah sempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik kedua-dua negara pagi tadi.
Xi berkata, China mengambil berat terhadap perkembangan hubungan dengan Mauritania. Beliau bersedia untuk berusaha bersama-sama dengan Presiden Ghazouani menjadikan perayaan ulang tahun ke-60 ini sebagai titik permulaan baharu. Kedua-dua negara perlu meneruskan persahabatan tradisional, terus memupuk rasa saling percaya dan kerjasama supaya dapat membuka masa depan baru bagi perkongsian strategik China-Mauritania demi manfaat rakyat kedua-dua negara
Ghazouani pula berkata, beliau dan Presiden Xi bersama-sama mengisytiharkan peningkatan hubungan Mauritania-China kepada tahap perkongsian strategik semasa Sidang Kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika di Beijing pada September 2024.
Ini dijangka akan memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara malah selaras dengan matlamat keselamatan serta kemakmuran di peringkat global.
Pada hari yang sama, Perdana Menteri China, Li Qiang dan rakan sejawatnya Mauritania, Ajei juga bertukar uacapan tahniah.