- Lain-lain
Berbasikal Keliling Chengdu Pada Malam Pertengahan Musim Panas
Menjelang penganjuran edisi ke-12 temasya The World Games di Chengdu, laluan hijau di merata bandar tuan rumah itu menjadi tarikan terbarunya.
Dahulu, lingkaran hijau zamrud berjarak 100 kilometer ini hanyalah sebuah zon ekologi yang terasing di sepanjang lebuh raya kota. Pada 2017, Chengdu melancarkan pelan Tianfu Greenway untuk mengintegrasikan dan menaiktarafkan sistem ruang hijau di kedua-dua belah lebuh raya.
Selepas pembinaan selama empat tahun, laluan hijau tersebut dihubungkan sepenuhnya pada 2021, sekali gus menyambungkan 121 taman dan tanah ladang secara organik. Ia bukan sahaja menjalinkan segmen-segmen berunsurkan ekologi di bandar Chengdu, tetapi juga mengolah semula gaya hidup penduduknya.
Baik untuk berbasikal ulang-alik, berjoging pada hujung minggu, mahupun mengkaji tanah ladang, Tianfu Greenway telah benar-benar menjadi koridor yang hidup untuk orang Chengdu “melihat kehijauan tiap kali membuka jendela, dan melangkah masuk ke dalam sebuah lukisan sebaik sahaja keluar”.
Ayuh ikuti lensa wartawan People’s Daily Online dan berbasikal dengan santai pada malam pertengahan musim panas!
- ‘Shubao’, ‘Jinzi Jemput Anda ke Chengdu, Tonton Sukan Dunia 2025!
- Sukan Dunia 2025: Chengdu Sudah Bersiap Sedia Sambut Atlet dari Seluruh Dunia
- ‘Robocop’ Kini di Jalanan Sekitar Bandar China
- 27 Venue untuk TWG 2025 di Chengdu Siap Dibina
- Reka Bentuk Pingat Sukan Dunia 2025 Chengdu Diumumkan
- Chengdu Pergiat Kerja Persiapan Sukan Dunia 2025