Selami Kampung Dong di Guizhou
 |
Foto sudut udara ini memaparkan pemandangan matahari terbenam di kampung Zhaoxing Dong di kaunti Liping, Kawasan Autonomi Miao dan Dong Qiangdongnan di Provinsi Guizhou, barat daya China. (People’s Daily Online/Yang Qian) |
Pada pertengahan Julai, beberapa kampung etnik Dong di kaunti Liping, Kawasan Autonomi Miao dan Dong Qiangdongnan, Provinsi Guizhou, telah memasuki musim kemuncak pelancongan.
Di kampung Huangguang Dong, rumah-rumah kayu tersusun rapi, menghasilkan satu pemandangan menakjubkan dengan berlatarbelakangkan gunung-ganang dan hutan. Di kampung Zhaoxing, pengalaman kebudayaan yang penuh mengasyikkan dan disulami pemandangan nan indah pula terus menjadi magnet penarik pelancong untuk menyelami tradisi Dong tempatan.
Kaunti Liping aktif menerokai nilai pasaran dan potensi industri budaya etnik. Menjadikan akan budaya sebagai asas, kaunti itu sedang membuka laluan baharu bagi pembangunan, mempromosi penyepaduan, da membina sebuah model ‘integrasi pelancongan kebudayaan + pemeliharaan warisan budaya tidak ketara + ekonomi ekologi’, dengan matlamat utamanya adalah untuk mendorong pembangunan yang selaras antara pembaharuan semula luar bandar dan ekonomi keseluruhan tempatan.
Pada 2024, kaunti Liping merekodkan 6.62 juta kunjungan pelancong, iaitu peningkatan 14 peratus dari tahun ke tahun. Pada tahun sama, pendapatan pelancongan komprehensifnya mencecah RMB7.3 bilion (sekitar AS$1.02 bilion), sekali gus meningkat 18 peratus berbanding tahun terdahulu.
 |
Sebuah persembahan dipentaskan di kampung Dong di kaunti Liping, Kawasan Autonomi Miao dan Dong Qiangdongnan di Provinsi Guizhou, barat daya China. (People’s Daily Online/Yang Qian) |
 |
Sebuah persembahan dipentaskan di kampung Dong di kaunti Liping, Kawasan Autonomi Miao dan Dong Qiangdongnan di Provinsi Guizhou, barat daya China. (People’s Daily Online/Yang Qian) |
 |
Pemandangan kampung Dong di kaunti Liping, Kawasan Autonomi Miao dan Dong Qiangdongnan di Provinsi Guizhou, barat daya China. (People’s Daily Online/Yang Qian) |
 |
Foto sudut udara ini memperlihatkan kampung Huanggang Dong di kaunti Liping, Kawasan Autonomi Miao dan Dong Qiangdongnan di Provinsi Guizhou, barat daya China. (People’s Daily Online/Yang Qian) |
 |
Penduduk kampung dan pelancong sedang berbual-bual mengenai kumpulan etnik Grand Song of the Dong di kampung Dong, kaunti Liping, Kawasan Autonomi Miao dan Dong Qiangdongnan di Provinsi Guizhou, barat daya China. (People’s Daily Online/Yang Qian) |
 |
Seorang pemuzik dari Eropah mengalunkan biola miliknya di kampung Dong, kaunti Liping, Kawasan Autonomi Miao dan Dong Qiangdongnan di Provinsi Guizhou, barat daya China. (People’s Daily Online/Yang Qian)
|
 |
Foto sudut udara ini memperlihatkan kampung Huanggang Dong di kaunti Liping, Kawasan Autonomi Miao dan Dong Qiangdongnan di Provinsi Guizhou, barat daya China. (People’s Daily Online/Yang Qian) |