Rondaan Bersama Kali ke-155 di Sungai Mekong Bermula

(CRI)Rabu 23 Julai 2025

Rondaan bersama kali ke-155 di Sungai Mekong membabitkan China, Laos, Myanmar dan Thailand dilancarkan pada Selasa.

Sebanyak tiga kapal penguat kuasa undang-undang milik China berlepas dari dermaga Jingha di Xishuangbanna, provinsi Yunnan menuju ke perairan ditetapkan untuk menyertai misi rondaan bersama tiga negara lain.

Operasi penguatkuasaan undang-undang itu memberi tumpuan kepada kegiatan jenayah rentas sempadan termasuk penyeludupan dadah, penipuan dan kegiatan haram lain.

Rondaan bersama itu dijadual berlangsung selama empat hari tiga malam dengan penyertaan lebih 100 pegawai serta tujuh kapal penguat kuasa undang-undang.

Sepanjang misi berlangsung, agensi penguat kuasa dari empat negara akan mengadakan mesyuarat di Chiang Saen, Thailand untuk menganalisis situasi keselamatan di perairan Sungai Lancang-Mekong dan petunjuk kes jenayah, selain merangka kerjasama lanjut bagi fasa seterusnya.

Video

Berita Berkaitan