- Lain-lain
Xi Ucap Tahniah To Lam Dipilih Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKV
(CRI)Jumaat 23 Januari 2026
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping pada Jumaat mengutus kawat tahniah kepada To Lam yang dipilih sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam (PKV).
Xi berkata China dan Vietnam merupakan negara sosialis yang menikmati kejiranan baik dan komuniti berkongsi nasib yang mempunyai makna strategik.
Beliau menzahirkan kesediaan berusaha bersama To Lam bagi membimbing kerjasama strategik menyeluruh dan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama dua negara terus membuahkan hasil yang memberangsangkan demi membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat serta menyumbang kepada kedamaian dan pembangunan serantau dan dunia.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara © People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang




