- Lain-lain
Keindahan Musim: Sejuk Besar
Hari ini Dahan, atau Sejuk Besar, iaitu penggal terakhir dalam 24 Penggal Suria. Pakailah jaket bulu yang paling tebal dan temani Sisi ke bandar Genhe di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, utara China, juga dikenali sebagai “kutub sejuk China”.
Di bawah Tugu Kutub Sejuk China, pengunjung berkumpul untuk melihat suhu yang tertera pada tiang setinggi 24 meter ini. Menurut rekod, suhu di sini pernah turun serendah negatif 54 darjah Celsius. Dalam kesejukan ekstrem ini, air panas yang disimbah berubah menjadi awan kristal ais dalam sekelip mata.
Pada penggal Dahan, meskipun alam membeku, sungai di Genhe mengalir tenang. Wap keluar dari air, melekap pada dahan dan membentuk ais raim, melahirkan landskap musim sejuk umpama alam mimpi. Di kawasan Aoluguya, rusa kutub aman tenteram dalam hutan diliputi salji. Apabila cahaya matahari menusuk di celah pokok, pengunjung mendapati diri dibuai pengalaman yang benar-benar mengusik jiwa.
Penggal Dahan juga berkait rapat dengan pertanian. Bak pepatah, “Jika salji turun tiga kali pada Dahan, petani akan cukup makan dan pakai.” Salji lebat pada Dahan membantu menghapuskan makhluk perosak, sekali gus membuka jalan untuk tuaian yang melimpah pada tahun akan datang.
Rahsia untuk mengatasi kesejukan letaknya di dapur orang China. Pada Dahan, orang makan pulut yang memberikan tenaga dan kehangatan segera. Di utara China, “kek yang menghalau kesejukan” atau xiaohangao ialah snek tradisional yang melambangkan kemajuan yang berterusan dan kekayaan yang bertambah. Di selatan, orang mereneh sup ayam yang berkhasiat; satu mangkuk cukup untuk menghalau kedinginan musim sejuk.
Sebenarnya, orang di merata dunia mempunyai petua serupa. Di Skandinavia, orang Denmark mengamalkan budaya “Hygge” yang bermakna nyaman dan selesa pada musim sejuk mereka yang panjang. Dengan membru minuman panas dan menikmati makanan enak, mereka menyahut tradisi China yang menggunakan makanan untuk menguatkan badan supaya tahan kesejukan pada Dahan.
Setelah Dahan berlalu, tibalah musim bunga! Kongsikan harapan anda untuk musim bunga ini dalam ruangan komen! “Dalam hati tersembunyi kekuatan; tersingkap diri tika Sejuk Besar menyapa”.
- Keindahan Musim: Xiaohan
- Keindahan Musim: Solstis Musim Sejuk
- Keindahan Musim: Salji Besar
- Keindahan Musim: Salji Kecil
- Keindahan Musim: Permulaan Musim Sejuk
- Keindahan Musim: Embun Buku Turun
- Keindahan Musim: Ekuinoks Musim Gugur
- Keindahan Musim: Embun Putih
- Keindahan Musim: Berakhirnya Musim Panas
- Keindahan Musim: Permulaan Musim Luruh




