Keyakinan Pengguna AS Menjunam ke Paras Terendah

(CRI)Rabu 28 Januari 2026

Indeks keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) merosot dengan ketara daripada 94.2 mata pada Disember 2025 kepada 84.5 mata pada Januari 2026, iaitu tahap terendah sejak bulan Mei tahun 2014.

Menurut data awal tinjauan yang dikeluarkan institusi penyelidikan AS, The Conference Board pada Selasa, indeks penilaian pengguna terhadap persekitaran perniagaan semasa dan pasaran pekerjaan merosot 9.9 mata kepada 113.7 mata pada Januari.

Selain itu, indeks jangkaan pengguna yang mencerminkan prospek pendapatan jangka pendek serta persekitaran perniagaan dan pasaran pekerjaan menurun 9.5 mata kepada 65.1 mata, dan kekal di bawah 80 mata selama 12 bulan berturut-turut, iaitu paras kritikal yang dianggap sebagai petunjuk risiko kemelesetan ekonomi.

Video

Berita Berkaitan