Sejumlah Negara Asia Naiktaraf Pencegahan Wabak Nipah di Pintu Sempadan

(CRI)Khamis 29 Januari 2026

Selepas wabak Nipah dikesan di Bengal Barat, India baru-baru ini, sejumlah negara Asia termasuk Malaysia, Vietnam dan Thailand telah menaiktarafkan langkah-langkah pencegahan dan kuarantin di pelbagai pos imigresen.

Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan kenyataan pada Rabu bahawa pihaknya telah memperkuat pemeriksaan kesihatan di pelbagai pos imigresen, dengan tumpuan diberi kepada pelancong dari kawasan berisiko.

Kementerian Kesihatan Vietnam mengarahkan pelbagai pintu sempadan, institusi perubatan dan komuniti di dalam negeri memperhebat pencegahan dan kawalan terhadap virus terbabit, dan belum ada kes jangkitan dilaporkan di negara itu setakat Selasa.

Indonesia dan Thailand juga memperkuat pemeriksaan di sejumlah lapangan terbang utama, dengan mewajibkan pengembara melaporkan keadaan kesihatan sendiri dan menjalani pemeriksaan suhu badan.

Jabatan kesihatan Myanmar mengeluarkan nasihat kepada masyarakat supaya tidak mengunjungi Bengal Barat, India, dan memastikan mereka yang datang dari India tidak tercicir dalam pemeriksaan suhu badan di lapangan terbang.

Video