Dron Kargo Hibrid China Selesai Penerbangan Sulung

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 03 Februari 2026

YH-1000S, pesawat kargo kuasa hibrid tanpa manusia yang dibangunkan oleh China, selesai membuat penerbangan sulung di bandar Chongqing, kata pihak pembangun pada Selasa.

Pesawat YH-1000S. (Foto ihsan Akademi ke-11 Perbadanan Sains dan Teknologi Aeroangkasa China)

Pesawat YH-1000S. (Foto ihsan CAAA)

Menurut Akademi Aerodinamik Aeroangkasa China (CAAA), pada penerbangan debut tersebut, YH-1000S yang merupakan satu-satunya pesawat seumpama di dunia, telah dilengkapi dengan sistem kuasa hibrid prestasi tinggi yang dibangunkan bersama sebuah syarikat pengeluar kenderaan tenaga baharu.

Pesawat ini mampu berlepas dan mendarat dalam jarak lebih pendek, serta membawa lebih banyak muatan untuk penerbangan lebih jauh, jika dibandingkan dengan model terdahulu YH-1000 yang membuat penampilan pertama pada Mei tahun lepas.

Direka untuk memenuhi permintaan pelanggan di pasaran global, dron gergasi ini boleh digunakan dalam bidang-bidang seperti logistik dan penghantaran antarabangsa, misi menyelamat dan pengurangan bencana, modifikasi cuaca secara buatan, pemantauan marin dan penyeliaan maritim, maklum CAAA.

Pesawat YH-1000S. (Foto ihsan Akademi ke-11 Perbadanan Sains dan Teknologi Aeroangkasa China)

Pesawat YH-1000S. (Foto ihsan CAAA)

Video

Berita Berkaitan