China, Cuba Ikrar Perkukuh Hubungan Dua Hala

(CRI)Jumaat 06 Februari 2026

Menteri Luar China Wang Yi mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Cuba, Bruno Rodriguez Parrilla di Beijing pada Khamis.

Wang berkata situasi di rantau Amerika Latin sedang mengalami perubahan yang kompleks buat masa ini.

Beliau menegaskan bahawa China teguh menyokong usaha Cuba dalam memelihara kedaulatan dan keselamatan negara, menentang campur tangan kuasa luar serta menolak sebarang cubaan untuk merampas hak kehidupan dan pembangunan yang dimiliki rakyat.

China bersedia bekerjasama dengan Cuba untuk melaksanakan konsensus dicapai pemimpin kedua-dua negara, terus memberi sokongan dan bantuan kepada Cuba serta mengukuhkan persahabatan yang terjalin sejak sekian lama.

China juga bersedia bersinergi dengan negara-negara yang sehaluan untuk memperkukuh perpaduan Selatan Global dan menyumbang kepada keamanan rantau bahkan dunia, kata Wang.

Sementara itu, Rodriguez berkata hubungan Cuba-China merupakan model solidariti dan kolaborasi antara kuasa besar dan kecil serta antara China dengan negara Amerika Latin.

Beliau turut meluahkan kesediaan untuk memperkasa kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang dan mendorong hubungan dua hala terus berkembang.

Video

Berita Berkaitan