Usahawan China, Uruguay Giat Teroka Peluang Kerjasama

(CRI)Jumaat 06 Februari 2026

Forum Kerjasama Perdagangan dan Pelaburan China-Uruguay yang berlangsung di Beijing pada Selasa menawarkan peluang kepada usahawan kedua-dua negara untuk meneroka peluang kerjasama.

Hampir semua peserta dari Uruguay didapati menggunakan aplikasi China seperti Wechat bagi memudahkan komunikasi dengan rakan kongsi dari China.

Pengarah Eksekutif Uruguay XXI yang bertanggungjawab menggalakkan pelaburan dan eksport, Mariana Ferreira berkata pihaknya sentiasa mengalu-alukan syarikat China melabur dan menjalankan perniagaan di negara itu.

Menurut beliau, terdapat juga banyak peluang bagi syarikat Uruguay untuk mengembangkan sayap di negara Tembok Besar.

Pengurus Besar Makmal Teknologi Uruguay (LATU), Jorge Cernadas pula menzahirkan hasrat pihaknya untuk menjalin kerjasama dengan taman sains dan teknologi di pelbagai tempat di China.

Beliau berkata kedua-dua pihak boleh memeterai perjanjian untuk menjalankan program kerjasama melibatkan pelbagai bidang.

Forum berkenaan dianjurkan bertepatan dengan ulang tahun ke-38 hubungan diplomatik antara China dan Uruguay.

Video

Berita Berkaitan