China Sokong Iran Bela Kedaulatan dan Keselamatan

(CRI)Sabtu 07 Februari 2026

Naib Menteri Luar China Miao Deyu menerima kunjungan Timbalan Menteri Luar Iran bagi Undang-Undang dan Hal Ehwal Antarabangsa, Kazem Gharibabadi di Beijing pada Khamis.

Miao ketika membentangkan prinsip dan pendirian China mengenai isu Iran berkata, pihaknya memberikan perhatian tinggi tentang situasi Iran, menyokong Iran membela kedaulatan, keselamatan, maruah bangsa dan memelihara hak dan kepentingan yang sah. China bersedia meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dengan pihak-pihak berkenaan termasuk Iran, memelihara prinsip dan manifesto Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan norma asas hubungan antarabangsa, mempertahankan prinsip kesamarataan kedaulatan serta memelihara kesaksamaan dan keadilan antarabangsa.

Gharibabadi berkongsi situasi dalam negeri dan keadaan berkenaan mengenai isu nuklear Iran. Beliau mengatakan pihaknya komited menyelesaikan masalah berkenaan melalui cara diplomatik. Iran memuji sumbangan China untuk memelihara kedamaian dan kestabilan serantau dan antarabangsa dan mengalu-alukan negara Tembok Besar memainkan peranan yang lebih penting.

Video