Setiausaha Agung PBB Ucap Selamat TBC

(CRI)Selasa 10 Februari 2026

Menjelang ketibaan Tahun Kuda, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres mengucapkan selamat Tahun Baharu Cina (TBC) kepada masyarakat yang menyambut perayaan itu di seluruh dunia, menerusi pautan video pada Isnin.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih atas sokongan kukuh China kepada multilateralisme dan solidariti global.

Guterres berkata kuda adalah simbol tenaga, kejayaan dan semangat gagah berani.

"Sifat itu amat diperlukan tatkala dunia berdepan konflik, ketidaksamaan dan krisis iklim," ujar beliau.

Video

Berita Berkaitan