China Zahir Kebimbangan Serius Tindakan Jepun Longgar Eksport Senjata

(CRI)Rabu 22 April 2026

China menyuarakan kebimbangan serius terhadap tindakan Jepun melonggarkan peraturan eksport senjata ke luar negara.

Perkara itu dinyatakan jurucakap Kementerian Luar Guo Jiakun dalam sidang media di Beijing pada Selasa.

Dilaporkan, Jepun membuat pindaan terhadap 'Tiga Prinsip mengenai Pemindahan Peralatan dan Teknologi Pertahanan' serta garis panduan pelaksanaannya dalam mesyuarat Kabinet pada Selasa.

Guo berkata siri tindakan berbahaya Jepun dalam bidang keselamatan dan ketenteraan membongkar hiprokasi negara itu yang melabelkan diri sebagai 'negara aman' serta pelaksana dasar 'semata-mata berorientasikan pertahanan'.

Menurut beliau, komuniti antarabangsa termasuk China akan mengekalkan kewaspadaan pada tahap tinggi dan menentang tegas percubaan Jepun yang berniat mendorong 'militarisme model baharu'.

Video

Berita Berkaitan