Pertanian Pintar Bantu Kapas Xinjiang Mekar

Manusia tidak boleh hidup tanpa air. Kehidupan akan turut terjejas sekiranya tiada kapas. Kapas ada di mana-mana dalam kehidupan kita. Pengeluaran kapas di China diterajui oleh Xinjiang yang merupakan pengeluar terbesar di China. Kapas di sini dikenali sebagai “Kapas Xinjiang”, terkenal di seluruh dunia kerana gentiannya yang panjang, berkualiti tinggi dan volum pengeluaran yang besar.

Xinjiang mempunyai sejarah panjang dalam tanaman kapas. Walau bagaimananpun, pada peringkat awal penubuhan Republik Rakyat China, pengeluaran kapas di Xinjiang hanyalah sekitar 5,100 tan, iaitu 1.1% daripada jumlah keluaran negara pada masa itu. Pada tahun 2022, jumlah pengeluaran kapas di Xinjiang mencapai 5,391 juta tan, menyumbang sebanyak 90% daripada jumlah yang dikeluarkan seluruh negara. Setakat tahun 2022, Xinjiang menduduki tempat pertama dalam jumlah pengeluaran, hasil, keluasan penanaman dan pengedaran kapas selama 28 tahun berturut-turut di negara ini.

Diberkati dengan keadaan semula jadi yang unik, termasuk tanah beralkali, berjulat suhu besar pada musim panas, cahaya matahari untuk fotosintesis yang mencukupi, serta tempoh pertumbuhan yang panjang menjadikan Xinjiang tempat sesuai untuk pertumbuhan kapas.

Inilah benih kapas. Dari menyemai benih hingga menuai kapas, ia biasanya mengambil masa kira-kira 150 hingga 180 hari. Kapas di ladang ini sedang berada pada fasa berbunga. Ketinggiannya melebihi daripada 65 cm. Jika dilihat dengan lebih teliti, inilah putik kapas.

Setiap bulan, para petani menguruskan ladang mengikut kitaran hidup kapas, termasuk pengairan titis, pelindungan tumbuhan daripada serangan perosak dan penyakit, pemangkasan pucuk atas dan pengguguran daun. Seterusnya, bunga pada dahan akan bergilir-gilir mekar. Selepas didebunga secara semula jadi dan gugur, ia akan menghasilkan buah kapas.

Tahun-tahun kebelakangan ini, industri penanaman kapas di Xinjiang mematuhi garis panduan untuk membangunkan “ladang berstandard tinggi”, melalui proses penambahbaikan dan penyelenggaraan yang saintifik dan berterusan. Jentera pertanian pintar, sistem pengairan pintar, kemudahan pengairan dan pembajaan yang bersepadu, penderiaan jauh satelit yang beresolusi tinggi juga diguna pakai secara meluas, membantu proses pengambilan keputusan dalam penanaman kapas.

Pada masa ini, lebih daripada 85% kapas di Xinjiang dituai menggunakan jentera. Industri kapas di Xinjiang kini mencapai operasi automatik sepenuhnya dari penanaman hingga penuaian. Dengan menggabungkan teknologi dengan peningkatan kualiti, industri kapas Xinjiang semakin berkembang maju. Kapas Xinjiang telah menjadi bahan mentah gentian semula jadi berkualiti tinggi yang diiktiraf di peringkat global, mempunyai kedudukan penting dalam rantaian industri kapas dunia.

Video

Berita Berkaitan