- Lain-lain
Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Baharu Benin
(CRI)Jumaat 24 April 2026
Presiden China Xi Jinping pada Jumaat mengucapkan tahniah kepada Romuald Wadagni atas pemilihannya sebagai Presiden Republik Benin.
Xi menyatakan bahawa sejak tahun-tahun kebelakangan ini, China dan Benin terus memperkukuh kepercayaan politik dan saling menyokong dalam isu-isu berkaitan kepentingan teras dan keprihatinan utama satu sama lain.
Kerjasama muhibah dalam pelbagai bidang mencapai kemajuan yang ketara sehingga membawa limpahan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, ujar beliau.
Xi turut menzahirkan kesediaan bekerjasama dengan Wadagni untuk melaksanakan hasil dicapai Sidang Kemuncak Beijing Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC), sekali gus melonjakkan perkongsian strategik China-Benin ke tahap baharu.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara © People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang




