- Lain-lain
Beijing Saksikan Ledakan Perjalanan Rentas Sempadan

Seorang pegawai dari Pemeriksaan Sempadan Keluar dan Masuk Stesen Am Beijing memberikan maklumat kepada pelancong asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Negara Beijing, 9 Januari 2026. (Foto oleh Zu Guobao/Xinhua)
Beijing telah merekodkan lebih daripada 7 juta perjalanan rentas sempadan pada 2026 setakat pagi Ahad, meningkat sebanyak 13 peratus tahun ke tahun, menurut data rasmi.
Maklum pejabat Pemeriksaan Sempadan Keluar dan Masuk Stesen Am Beijing, sejak awal tahun hingga pagi Ahad, bilangan warga asing yang keluar dan masuk melalui pintu sempadan di Beijing telah melebihi 2.28 juta, melonjak 34 peratus berbanding tempoh sama pada 2025.
Setakat Sabtu, sekitar 828,000 atau lebih 70 peratus daripada keseluruhan warga asing yang tiba di ibu negara China tahun ini telah memanfaatkan dasar bebas visa atau permit masuk sementara.
Ledakan kedatangan pelancong asing akhir-akhir ini dikatakan sebahagian kesan pengoptimuman dasar bebas visa. Setakat ini, China telah memperkenalkan pengecualian visa secara unilateral kepada 50 negara, di samping menawarkan transit tanpa visa selama 240 jam kepada 55 negara.
Untuk mendorong kecekapan pelepasan dan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik ketika aliran penumpang terus meningkat, Beijing telah melancarkan satu siri langkah termasuk membuka khidmat serenti bagi proses permohonan permit masuk sementara dan pemeriksaan terhadap pemohon transit bebas visa 240 jam. Turut disediakan, panduan berkaitan dasar bebas visa serta bantuan mengisi kad ketibaan bagi pengunjung kali pertama.
- Kilauan Mentari Pagi Terangi Beijing
- Beijing Rancang Bina Empat Zon Baharu pada 2026-2030
- Robot Manusia Makin Pintar Selepas Latihan “Sekolah Robot”
- Pertubuhan Data Dunia Mulakan Operasi di Beijing
- Buku Hijau Pelancongan China Disiar
- Sidang Tahunan Forum Zhongguancun 2026 Dirasmikan
- Pratonton Forum Zhongguancun 2026, Beijing
- Sajli Musim Bunga Baluti Kota Beijing
- Kapal Persiaran MS Regatta Tiba di Tianjin
- Lebih 1 Juta Pengembara Keluar Masuk Melalui Pintu Sempadan Hekou China-Vietnam




