Buku Hijau Pelancongan China Disiar

(CRI)Khamis 26 Mac 2026

Buku Hijau Pelancongan China disiarkan oleh Pusat Penyelidikan Pelancongan Akademi Sains Sosial China (CASS) di Beijing pada 26 Mac.

Buku itu memfokuskan kepadaanalisis dan ramalan pembangunan pelancongan negara dalam tempoh 2025 hingga 2026.

Menurut buku berkenaan, sepanjang tempoh pelaksanaan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15, permintaan pelancong terhadap tahap penglibatan dan penghayatan aktiviti budaya, ekspresi seni dan interpretasi digital akan terus meningkat.

Pengalaman imersif dan interaktif yang penuh emosi dijangka menjadi daya saing utama dalam menarik pengunjung.

Pada masa sama, integrasi antara sektor budaya dan pelancongan akan terus dimantapkan.

Video

Berita Berkaitan