- Lain-lain
Dasar Kerajaan Jepun Dikritik, Bantahan Awam Terus Memuncak
Media Jepun, Kyoto Shimbun pada Sabtu menerbitkan satu laporan yang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri, Sanae Takaichi dengan menyatakan bahawa beberapa dasar terkini negara itu berpotensi menjejaskan hala tuju negara.
Laporan yang bertajuk "Pentadbiran Takaichi Enam Bulan: Perlu Betulkan Tindakan Satu Pihak yang Memudaratkan Negara" itu menyatakan kebimbangan terhadap keputusan kerajaan melonggarkan sepenuhnya sekatan eksport senjata pemusnah melalui keputusan kabinet tanpa dibahaskan di parlimen.
Selain itu, laporan sama turut menyorot kelulusan rang undang-undang berkaitan penubuhan agensi perisikan negara di Dewan Rakyat Jepun, meskipun terdapat kebimbangan mengenai kemungkinan penyalahgunaan kuasa dan pelanggaran hak asasi manusia.
Kerajaan juga dilapor merancang untuk menggubal undang-undang mengenai pencegahan perisikan serta mempertimbangkan untuk meminda perlembagaan.
Laporan tersebut menyatakan kerajaan Jepun selama ini berpegang kepada prinsip negara aman yang menolak peperangan dan menitikberatkan hak rakyat, namun melihat kepada situasi semasa, arahnya mungkin tersasar.
Baru-baru ini, di pelbagai lokasi di Jepun, semakin banyak suara-suara rakyat yang menentang dasar terbaharu keselamatan dan ketenteraan.
Pada 25 April, telah diadakan satu perhimpunan di sekitar Stesen Shinjuku, kawasan perniagaan utama di Tokyo.
Para peserta menyatakan bahawa pelaksanaan dasar kerajaan setiap penggal mempunyai sedikit sebanyak perbezaan adalah perkara biasa tetapi isu berkaitan keamanan merupakan asas penting yang memerlukan rakyat tampil menyuarakan bantahan.
- Rakyat Jepun Bantah Tindakan Kerajaan Longgar Eksport Senjata
- China Zahir Kebimbangan Serius Tindakan Jepun Longgar Eksport Senjata
- China Bantah Keras Tindakan Jepun Hantar Persembahan ke Yasukuni Jinja
- PM Jepun Hantar Persembahan Ritual ke Yasukuni Jinja
- Jepun Longgarkan Peraturan Eksport Senjata
- Rakyat Jepun Protes Rancangan Kerajaan Percepat Pengembangan Ketenteraan
- Cadangan Sanae Takaichi untuk Pinda Perlembagaan Terima Bantahan Meluas
- Langkah Jepun Longgarkan Eksport Senjata, Cetuskan Kebimbangan Serantau
- Puluhan Ribu Rakyat Jepun Bantah Dasar Ketenteraan, Pertahan Perlembagaan Keamanan
- China Tegas Tolak Tindakan "Militerisme Baharu" Jepun




