- Lain-lain
Sedaya Upaya Selamatkan Mangsa Insiden Letupan di Kilang Mercun di Hunan - Xi
Presiden China Xi Jinping mahu pihak-pihak berkaitan supaya melakukan usaha sedaya upaya untuk mencari mereka yang masih hilang dan menyelamatkan mangsa cedera berikutan letupan yang berlaku di sebuah syarikat pengeluaran mercun di provinsi Hunan, pada Isnin.
Xi memberi perhatian tinggi terhadap insiden itu, dan mahu punca kemalangan dikenal pasti secepat mungkin, selain tindakan dikenakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.
Selain itu, beliau juga mengingatkan pihak-pihak berkuasa di seluruh negara agar mengambil iktibar daripada insiden tersebut, memantau rapi keselamatan pengeluaran, meminimumkan risiko di sektor industri penting, dan meningkatkan pengurusan keselamatan awam untuk menjamin keselamatan nyawa dan harta rakyat.
Letupan berlaku di Syarikat Pembuatan Mercun Huasheng di Liuyang, provinsi Hunan pada pukul 4.40 petang Isnin.
Setakat malam Isnin, letupan itu mengakibatkan 21 orang mati dan 61 lagi cedera. Mangsa cedera telah dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.




