- Lain-lain
Dua Terbunuh Insiden Letupan di Loji Kok Terbesar di Amerika Utara
(CRI)Rabu 13 Ogos 2025
Sekurang-kurangnya dua orang maut dan 10 lagi cedera dalam satu insiden letupan melibatkan loji US Steel berhampiran Pittsburgh, Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS) pada 11 Ogos, lapor CNN.
Menurut media tempatan, loji tersebut merupakan loji kok terbesar di Amerika Utara dengan mempunyai ribuan pekerja.
Sebelum ini, pada tahun 2009 dan 2010 juga pernah berlaku insiden letupan di loji yang sama, yang turut mengakibatkan korban jiwa serta berdepan masalah pencemaran yang berlarutan.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara © People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang