China Bina Tugu Peringatan Deklarasi Kaherah di Mesir

(CRI)Isnin 04 Mei 2026

China telah membina satu tugu peringatan di Mena House Hotel untuk memperingati pemeteraian Deklarasi Kaherah di hotel berkenaan, menurut Kedutaan Besar China di Mesir pada Ahad.

Tapak tugu peringatan itu masih berada pada fasa pengubahsuaian dan akan dibuka kepada umum selepas kerja berkaitan diselesaikan.

Untuk rekod, Deklarasi Kaherah dilihat membuat sumbangan signifikan dalam menoktahkan Perang Dunia Kedua, dan juga satu rujukan sejarah dan undang-undang penting yang mengenalpasti Taiwan sebagai sebahagian wilayah yang tidak boleh dipisahkan dari China.

Video

Berita Berkaitan