- Lain-lain
Menteri Luar China, Mesir Bincang Situasi di Asia Barat
Menteri Luar China Wang Yi mengadakan perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Mesir Badr Abdelatty pada Rabu, bertukar-tukar pendapat mengenai situasi di Asia Barat.
Wang Yi menyatakan, China dan Mesir sebagai negara besar yang bertanggungjawab, menentang tindakan ketenteraan tanpa kebenaran Majlis Keselamatan Pertubukan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), membantah segala serangan terhadap rakyat jelata dan kemudahan awam, selain menolak peperangan merebak ke negara-negara Teluk.
Beliau menekankan bahawa China menyokong Mesir memainkan peranan sebagai pengantara bagi mendorong pemulihan rundingan damai dan peperangan ditamatkan secepat mungkin.
Di samping itu, menurut Wang, China juga bersedia untuk terus membuat usaha konstruktif ke sasaran tersebut.
Abdelatty pula berkata, Mesir sedang berkomunikasi dengan pelbagai pihak untuk meredakan ketegangan di Asia Barat.
Beliau menambah, Mesir bersedia mengekalkan komunikasi rapat dengan China dan mempergiat usaha diplomatik untuk mencegah Asia Barat dan dunia daripada terjerumus ke dalam pergolakan.
- Menteri Luar China, Turkiye Bincang Konflik Asia Barat
- China Kekal Pendirian Isu Asia Barat Diselesai melalui Jalan Damai
- Utusan Khas China bagi Isu Asia Barat Bertemu Duta Besar Israel ke China
- Utusan Khas China Gesa Tindakan Ketenteraan di Asia Barat Dihentikan Segera
- Utusan Khas China bagi Isu Asia Barat Temui Menteri Luar Kuwait
- Zhai Jun Bertemu Menteri Luar Bahrain
- Menteri Luar China, Mesir Bincang Isu Asia Barat Menerusi Telefon
- Utusan Khas China Pergiat Diplomasi Ulang-alik di Asia Barat: MFA
- Menteri Luar China, Pakistan Bertukar Pandangan mengenai Situasi di Iran
- Menteri Luar China, Bahrain Bincang Isu Asia Barat




