Cadangan Baharu Iran Tidak Boleh Diterima - Trump

(CRI)Isnin 04 Mei 2026

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dalam temu bual bersama media Israel pada Ahad malam waktu tempatan menyatakan bahawa cadangan baharu Iran adalah tidak boleh diterima.

Menurut rekod, Iran menyerahkan satu rancangan baharu yang mengandungi 14 cadangan kepada pihak AS melalui pengantara Pakistan, baru-baru ini.

Kandungan utama cadangan itu termasuk memastikan tidak berlaku lagi pencerobohan ketenteraan, pembayaran pampasan, penubuhan mekanisme pengurusan baharu di Selat Hormuz, dan lain-lain.

Video

Berita Berkaitan