Lebih 100 Juta Perjalanan Berkereta Api pada Cuti Hari Pekerja

Penumpang mendaftar masuk di Stesen Kereta Api Selatan Jiaxing di provinsi Zhejiang, timur China, 5 Mei 2026. China menyaksikan puncak perjalanan penumpang pada 5 Mei, hari terakhir cuti lima hari sempena Hari Pekerja. (Foto oleh Jin Peng/Xinhua)

Rangkaian kereta api China merekodkan lebih 100 juta perjalanan penumpang semasa cuti Hari Pekerja, maklum pengendali rel negara pada Selasa.

Menurut China State Railway Group, sistem rel beroperasi dengan selamat dan lancar sepanjang tempoh cuti lima hari yang berakhir pada Selasa, dengan jumlah perjalanan penumpang mencecah 117 juta setakat Isnin.

Difahamkan, lebih 20.38 juta penumpang telah menggunakan kereta api pada hari Isnin sahaja. Mengambil kira aliran perjalanan pulang yang dijangka terus meningkat, sebanyak 2,225 perkhidmatan tren tambahan diatur pada Selasa untuk menampung kira-kira 23 juta penumpang yang diramalkan membuat perjalanan pada hari itu.

Berdasarkan data tiket platform tempahan rasmi, antara destinasi paling popular pada hari Selasa ialah Beijing, Guangzhou, Shanghai, Chengdu dan Shenzhen.

Pihak berkuasa kereta api telah menggerakkan sumber bagi menghadapi puncak perjalanan pulang agar memastikan penumpang dapat bergerak dengan selamat dan teratur. Sebagai contoh, 707 tren tambahan telah digerakkan di laluan-laluan sibuk di provinsi Guangdong, selatan China.

Penumpung menunggu untuk menaiki tren di Stesen Kereta Api Changzhou di provinsi Jiangsu, timur China, 5 Mei 2026. (Foto oleh Chen Wei/Xinhua)

Penumpang mendaftar masuk di Stesen Kereta Api Shijiazhuang di provinsi Hebei, utara China, 5 Mei 2026. (Foto oleh Chen Qibao/Xinhua)

Penumpang membanjiri platform Stesen Kereta Api Harbin di provinsi Heilongjiang, timur laut China, 5 Mei 2026. (Foto oleh Yuan Yong/Xinhua)

Penumpang menunggu untuk menaiki tren di Stesen Kereta Api Timur Tengzhou di provinsi Shandong, timur China, 5 Mei 2026. (Foto oleh Li Zhijun/Xinhua)

Foto dron yang diambil pada 5 Mei 2026 menunjukkan kenderaan di Jambatan Sungai Yangtze Wufengshan di Zhenjiang, provinsi Jiangsu, timur China. (Foto oleh Ren Fei/Xinhua)

Foto dron yang diambil pada 5 Mei 2026 menunjukkan kenderaan di seksyen Hongze lebuh raya G25 Changchung-Shenzhen di Huaian, provinsi Jiangsu, timur China. (Foto oleh Yin Chao/Xinhua)

Penumpang membanjiri platform Stesen Kereta Api Nanjing di provinsi Jiangsu, timur China, 5 Mei 2026. (Foto oleh Su Yang/Xinhua)

Video

Berita Berkaitan