Lebih 845 Juta Perjalanan pada Cuti Pesta Qingming

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 07 April 2026

Penumpang berjalan di platform Stesen Kereta Api Nanjing di provinsi Jiangsu, timur China, 6 April 2026. Anggaran 845.38 juta perjalanan penumpang dibuat di merata China pada cuti tiga hari sempena Pesta Qingming, naik 6 peratus tahun ke tahun, menurut pihak berkuasa pengangkutan pada Isnin. (Xinhua/Yang Suping)

Anggaran 845.38 juta perjalanan penumpang dibuat di merata China pada cuti tiga hari sempena Pesta Qingming, naik 6 peratus tahun ke tahun, menurut pihak berkuasa pengangkutan pada Isnin lalu.

Berdasarkan angka Kementerian Pengangkutan, bilangan purata perjalanan harian mencecah 281.79 juta.

Pada keseluruhannya, 778.45 juta perjalanan adalah melalui jalan raya, meningkat 5.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas. Manakala, kereta api menyaksikan kenaikan 8.2 peratus kepada 57.8 juta. Pengangkutan air pula menguruskan sekitar 3.7 juta perjalanan penumpang, naik 9.8 peratus, sementara penerbangan awam mengendalikan 5.5 juta perjalanan, turun 1.3 peratus.

Ledakan perjalanan kali ini didorong oleh kelepasan am bertindih Pesta Qingming dan cuti musim bunga untuk pelajar sekolah rendah dan menengah di banyak kawasan, membolehkan ramai pergi bercuti-cuti seisi keluarga.

Pada Sabtu, hari pertama cuti, volum lalu lintas di lebuh raya seluruh negara melebihi 62.67 juta kenderaan, termasuk lebih 14 juta kenderaan tenaga baharu. Permintaan kuat terhadap perjalanan dengan memandu sendiri menjana pertumbuhan dua digit dalam perbelanjaan membabitkan destinasi peranginan, hotel dan sewa kereta.

Luar bandar juga menyaksikan kerancakan aktiviti selepas ahli keluarga pulang ke kampung untuk membersihkan kubur, malah ada yang mengikuti lawatan ke kawasan desa – faktor yang membantu menyalurkan penggunaan dari bandar utama ke pekan dan kampung.

Untuk memastikan perjalanan selamat dan lancar, pihak kementerian telah melanjutkan pengecualian tol lebuh raya bagi kenderaan penumpang tujuh tempat duduk atau kurang pada tempoh cuti. Langkah juga diambil untuk meringankan kesesakan di seksyen yang sibuk dan menambah baik khidmat mengecas kenderaan tenaga baharu di kawasan rehat lebuh raya.

Jabatan pengangkutan seluruh negara turut meningkatkan kapasiti pengangkutan dan memanjangkan waktu operasi di sekitar lokasi utama seperti tempat pelancongan dan perkuburan.

Penumpang menunggu untuk menaiki kereta api di Stesen Kereta Api Timur Xuzhou di provinsi Jiangsu, timur China, 6 April 2026. (Xinhua/Xing Guangli)

Penumpang menunggu untuk menaiki kereta api di Stesen Kereta Api Timur Xuzhou di provinsi Jiangsu, timur China, 6 April 2026. (Xinhua/Xing Guangli)

Penumpang mendaftar masuk di Stesen Kereta Api Lianyungang di provinsi Jiangsu, timur China, 6 April 2026. (Xinhua/Geng Yuhe)

Penumpang mendaftar masuk di Stesen Kereta Api Lianyungang di provinsi Jiangsu, timur China, 6 April 2026. (Xinhua/Geng Yuhe)

Penumpang dilihat menunggu di balai menunggu Stesen Kereta Api Selatan Guangzhou di provinsi Guangdong, selatan China, 6 April 2026. (Xinhua/Deng Hua)

Penumpang dilihat menunggu di balai menunggu Stesen Kereta Api Selatan Guangzhou di provinsi Guangdong, selatan China, 6 April 2026. (Xinhua/Deng Hua)

Foto dron yang diambil pada 6 April 2026 ini menunjukkan kenderaan di Jambatan Sungai Yangtze Nanjing di provinsi Jiangsu, timur China. (Xinhua/Yang Suping)

Foto dron yang diambil pada 6 April 2026 ini menunjukkan kenderaan di Jambatan Sungai Yangtze Nanjing di provinsi Jiangsu, timur China. (Xinhua/Yang Suping)

Video

Berita Berkaitan