Tinjauan CGTN: Mudahkan Prosedur Pemulangan Artifak yang Diperoleh Secara Haram, Langkah Pertama dalam Betulkan Kesalahan dalam Sejarah

(CRI)Isnin 11 Mei 2026

Senat Perancis meluluskan rang undang-undang (RUU) bagi mempermudah prosedur pemulangan artifak asing yang diperoleh secara haram pada Khamis. Rang itu melibatkan artifak yang diperolehi Perancis dari beberapa negara, dan menarik perhatian di peringkat global.

Menurut keputusan tinjauan pendapat umum yang dilancarkan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) terhadap netizen global, sebanyak 67.6 peratus responden berpendapat bahawa kelulusan RUU itu menandakan Perancis mengayunkan langkah pertama dari segi undang-undang untuk membetulkan kesalahan yang dilakukannya dalam sejarah penjajahan.

Menurut keputusan tinjauan itu lagi, sebanyak 85.4 peratus responden berpendapat bahawa tindakan Perancis tersebut juga secara julung-julung kalinya menolak naratif Barat yang menyebut “artifak yang diperolehi melalui rampasan akan dianggap sebagai harta yang dimiliki secara sah”.

Untuk rekod, tinjauan kali ini diadakan di platform CGTN dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia. Sebanyak 4,127 netizen asing membuang undi dan memberikan komen dalam masa 24 jam.

Video

Berita Berkaitan