- Lain-lain
Bank Negara China Bakal Lancar Syiling Kenang-kenangan, Tampilkan Khazanah Negara
Bank Rakyat China (PBOC), yang juga bank negara China mengumumkan untuk melancarkan set syiling kenang-kenangan pada 14 Jun ini dengan tema ‘Khazanah Negara’.
Difahamkan, koleksi tersebut merangkumi dua syiling emas dan tiga syiling perak yang kesemuanya sah digunakan di dalam negara.
Bahagian depan setiap syiling menampilkan lambang kebangsaan iaitu lambang negara Republik Rakyat China, bersama-sama dengan nama negara dan tahun keluaran.
Foto memperlihatkan bahagian depan syiling kenang-kenangan emas berbentuk segi empat tempat seberat 15 gram. (Ihsan PBOC)
Foto memperlihatkan bahagian depan syiling kenang-kenangan emas berbentuk bulat seberat 3 gram. (Ihsan PBOC)
Foto memperlihatkan bahagian depan syiling kenang-kenangan perak berbentuk bulat seberat 15 gram. (Ihsan PBOC)
Foto memperlihatkan bahagian belakang syiling kenang-kenangan emas berbentuk segi empat tempat seberat 15 gram. (Ihsan PBOC)
Foto memperlihatkan bahagian belakang syiling kenang-kenangan emas berbentuk bulat seberat 3 gram. (Ihsan PBOC)
Bahagian belakang syiling kenang-kenangan emas berbentuk bulat seberat 3 gram yang mempunyai ukiran Kapal Pengukur Sheng Segi Empat Tepat Shang Yang, yang bersejarah lebih 2,300 tahun. Ia juga membawa reka bentuk yang menggambarkan karakter yang terterap pada artifak, serta karakter Cina yang berbunyi, ‘Khazanah negara: Kapal Pengukur Sheng Segi Empat Tepat Shang Yang’ dan juga nilainya.
Foto memperlihatkan bahagian belakang syiling kenang-kenangan perak berbentuk bulat seberat 15 gram. (Ihsan PBOC)
Bahagian belakang syiling kenang-kenangan perak berbentuk bulan seberat 15 gram pula menampilkan gambaran Kuda dan Rata Gangsa Dinasti Qin (221 SM-207 SM). Ia juga membawa inskripsi yang diterjemahkan sebagai ‘Khazanah negara: Kuda dan Rata Gangsa’, di samping terdapat nilai muka syiling itu.
Foto memperlihatkan bahagian belakang syiling kenang-kenangan perak berbentuk bulat seberat 15 gram. (Ihsan PBOC)
Bahagian belakang syiling kenang-kenangan perak berbentuk bulat seberat 15 gram menampilkan reka bentuk Tanglung Istana Changxin berwarna gangsa yang bersejarah sejak Dinasti Han Barat (206SM-24M). Turut terdapat pada syiling itu adalah inskripsi ‘Khazanah negara: Tanglung Istana Changxin’ dan nilai muka syiling.
Foto memperlihatkan bahagian belakang syiling kenang-kenangan perak berbentuk bulat seberat 15 gram. (Ihsan PBOC)
Bahagian belakang syiling kenang-kenangan perak berbentuk bulat seberat 15 gram memaparkan reka bentuk yang menggambarkan Penglipur Lara Tembikar Memukul Gendang yang bersejarah sejak Dinasti Han Timur (25-200). Antara lain yang terdapat pada syiling itu adalah inskripsi ‘Khazanah negara: Penglipur Lara Tembikar Memukul Gendang’ serta nilai muka syiling itu.
Syling kenang-kenangan emas berbentuk empat segi tepat seberat 15 gram mengandungi 15 gram emas tulen, dengan pencetakan maksimum sebanyak 2,000 keping.
Syling kenang-kenangan emas berbentuk bulat seberat 3 gram mengandungi 3 gram emas tulen, dengan pencetakan maksimum sebanyak 5,000 keping.
Syling kenang-kenangan perak berbentuk bulat seberat 15 gram mengandungi 15 gram perak tulen, dengan pencetakan maksimum sebanyak 30,000 keping (10,000 keping untuk setiap reka bentuk).
- Ikut Jejak Xi Jinping Di Empat Groto Utama China
- Presiden Xi Tinjau Groto Longmen di Henan
- Pertunjukan Lantera Mawei-Matsu Terpanjang Buka Tirai
- Pewaris Turunkan Ilmu Reka Bentuk Tradisional, Amalan Pembinaaan Jambatan Gerbang Kayu China
- Artis China Pelihara Kraf Naga Straw Purba, Hasilkan Karya Agung Berukuran 28 Meter
- Pewaris Seni Mozek Filigri di Beijing
- ‘Atuk Dougong’ Gunakan Platform Video Pendek Popularkan Seni Bina Cina Purba
- Pempengaruh Terkenal China, Li Ziqi Buat Kemunculan Semula di Media Sosial
- Artisan Hidupkan Semula Kertas Kaihua Purba di Zhejiang
- Tanglung Ikan Terangi Pergunungan