- Lain-lain
China, Brunei Dikehendaki Tingkatkan Komunikasi dan Eratkan Kerjasama - Xi

Semasa menghadapi situasi antarabangsa yang bergolak dan tidak menentu, kedua-dua pihak China dan Brunei Darussalam dikehendaki meningkatkan komunikasi strategik dan mengeratkan kerjasama dalam bidang yang substantif supaya dapat menyuntik lebih banyak tenaga positif kepada landskap keamanan dan kestabilan serantau.
Demikian dinyatakan Presiden China Xi Jinping ketika menerima kunjungan Putera Mahkota Brunei Pengiran Muda Mahkota Haji Al-Muhtadee Billah di sini Selasa.
Dalam pertemuan dengan Putera Mahkota, Xi menunjukkan bahawa tahun ini merupakan ulang tahun ke-35 hubungan diplomatik China-Brunei Darussalam, dan juga tahun pertama pelaksanaan Rancangan Lima Tahun ke-15 Pembangunan Sosioekonomi Kebangsaan China (2026-2030). Kedua-dua pihak perlu memanfaatkan peluang ini untuk membawa kerjasama bilateral ke tahap yang lebih tinggi, yang dilihat juga bertepatan dengan perjuangan Brunei Darussalam mengorak langkah menuju ke arah Wawasan 2035.
"Kedua-dua negara dikehendaki menjadi rakan strategik yang saling mempercayai dengan sepenuhnya dan rakan kongsi dalam pembangunan yang saling menguntungkan, mendorong pelaksanaan projek-projek mega yang boleh dijadikan ikon kerjasama dan mengembangkan kerjasama dalam bidang-bidang baharu seperti kecerdasan buatan (AI) dan ekonomi digital.
"Selain itu, kedua-dua negara perlu menjadi rakan dalam pertukaran tamadun dan memupuk silaturahim di kalangan rakyat, bersama-sama melaksanakan Inisiatif Tamadun Global, dan mempererat interaksi sosiobudaya," ujar Xi.
"China bersedia bekerjasama dengan negara-negara ASEAN termasuk Brunei yang dilihat sebagai rakan kongsi dalam tadbir urus global, membina komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih padu dan menjadikan rantau ini sebagai ikon global yang aman, stabil, berkembang dan makmur di sebalik situasi antarabangsa yang penuh dengan perubahan drastik pada zaman pasca normal ini," tambah beliau.

Sementara itu, Putera Mahkota Haji Al-Muhtadee Billah pula menyampaikan salam dari Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah kepada Presiden Xi.
Putera Mahkota bersabda, pihak Brunei Darussalam konsisten dalam menyokong dasar Satu China, dan bersedia bersama China untuk memperdalam hubungan rakan strategik serta meningkatkan kerjasama perdagangan dan pelaburan demi manfaat rakyat kedua-dua negara.
Menurut Putera Mahkota, hubungan rakan strategik menyeluruh ASEAN-China mampu membawa kemaslahatan kepada rantau ini. Brunei Darussalam berharap agar mengeratkan kerjasama dengan China dan terus meningkatkan kerjasama ASEAN-China, yang dipercayai kondusif bagi menjaga kemakmuran serta kestabilan serantau.
- Xi Terima Kunjungan Putera Mahkota Brunei
- Putera Mahkota Brunei Dijadual Melawat China
- Robot Manusia dari China Tampil pada Sambutan Hari Raya Brunei
- Xi Ucap Tahniah atas Ulang Tahun ke-42 Kemerdekaan Brunei
- Menteri Luar China, Brunei Darussalam Adakan Mesyuarat
- Menteri Luar Negeri II Brunei Lawat China Mulai Hari Ini
- Teknologi China Bantu Brunei Tingkatkan Pengeluaran Pertanian
- Kapal Changbaishan Tentera Laut China Berlabuh di Brunei
- Brunei Laksana Dasar Bebas Visa untuk Warga China
- Xi Ucap Tahniah atas Ulang Tahun ke-41 Kemerdekaan Brunei




