- Lain-lain
Robot Manusia dari China Tampil pada Sambutan Hari Raya Brunei

Sebuah robot manusia dari China beraksi pada sambutan Hari Raya tradisional Brunei di Bandar Seri Begawan, 4 April 2026. (Foto oleh Samle Bin Haji Jahit/Xinhua)
Robot manusia dari China telah membuat penampilan pada acara sambutan Hari Raya tradisional Brunei, Sabtu lalu.
Sambutan Hari Raya dianggap umum sebagai salah satu acara paling penting di Brunei, yang menjadi masanya untuk kemaafan, kesyukuran, dan kebersamaan.
Acara anjuran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Pusat Persidangan Antarabangsa, Bandar Seri Begawan itu bertambah istimewa dengan kehadiran robot dari China.
Menurut taklimat media oleh yayasan tersebut, penampilan robot manusia berkenaan pada acara itu bertujuan memberikan inspirasi kepada generasi muda supaya meneroka bidang-bidang sains, teknologi, kejuruteraan, seni dan matematik.
Sultan Brunei Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah mencemar duli menghadiri acara, turut menyaksikan persembahan oleh robot dan menerima sekeping kaligrafi Cina yang disampaikan oleh Duta Besar China ke Brunei, Chen Shaochun, yang ditulis oleh robot.
Chen menegaskan bahawa China amat mementingkan sinergi strategi pembangunan dengan Brunei, dan bersedia mengorak langkah seiringan ke arah pemodenan agar bersama-sama mengundang lebih banyak faedah buat rakyat dengan mendakap era AI ini.

Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah (kedua dari kanan) berinteraksi dengan sebuah robot manusia dari China pada sambutan Hari Raya tradisional Brunei di Bandar Seri Begawan, 4 April 2026. (Jabatan Penerangan Jabatan Perdana Menteri Brunei menerusi Xinhua)

Robot manusia dari China membuat persembahan pada sambutan Hari Raya tradisional Brunei di Bandar Seri Begawan, 4 April 2026. (Foto oleh Samle Bin Haji Jahit/Xinhua)
- Robot Manusia Makin Pintar Selepas Latihan “Sekolah Robot”
- Kemudahan Sanitasi Pintar Berkhidmat Pada Sidang Tahunan BFA 2026
- Pratonton Forum Zhongguancun 2026, Beijing
- Robot Panaskan Badan untuk Separuh Maraton Beijing
- Serat Karbon Berkekuatan Super T1200 Buatan China Mula Dijual Hari Ini
- Sewa Robot: Dulu Nic Baru, Kini Perkara Biasa
- China Umumkan Sistem Piawaian Robot Humanoid dan AI Berbadan Pertama
- Kereta Terbang, Robot Manusia, Debut di Wuhan
- Xi Ucap Tahniah atas Ulang Tahun ke-42 Kemerdekaan Brunei
- Malam Gala TBC 2026, Platform Tumpuan Perhatian Umum terhadap Robot China




