- Lain-lain
China, ROK Komited Mantapkan Perkongsian Kerjasama Strategik
China sedia bekerjasama dengan Republik Korea (ROK) untuk memperkukuh komunikasi, meningkatkan kepercayaan bersama serta memperluas kolaborasi demi memantapkan lagi perkongsian kerjasama strategik antara kedua-dua negara.
Demikian ujar Naib Perdana Menteri China He Lifeng semasa mengadakan pertemuan dengan Presiden ROK Lee Jae Myung di Pejabat Presiden di Seoul pada Rabu.
Menurut He, pemimpin kedua-dua negara telah saling melakukan lawatan sejak penghujung tahun lalu, sekali gus membuka lembaran baharu dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala.
Sementara itu, Lee pula menyatakan bahawa pertukaran dan kerjasama yang terjalin antara ROK dengan China semakin rancak khususnya berkaitan ekonomi dan pertukaran sesama rakyat.
Beliau turut berharap agar kedua-dua pihak dapat memperkasa kerjasama dan memperkukuh ikatan persahabatan dalam kalangan rakyat, selain terus menyumbang kepada keamanan dan kestabilan serantau.
- Pendakwa Korea Selatan Tuntut Hukuman Mati terhadap Yoon Suk-yeol
- Lee Jae-myung, Presiden Korea Selatan ke-21
- Han Duck-soo akan Bertanding dalam Pilihan Raya Presiden Korea Selatan
- Pilihan Raya Presiden Korea Selatan Bakal Diadakan pada 3 Jun
- Kebakaran Hutan Korea Selatan Ragut 22 Nyawa
- Perbicaraan Awam Pertama Babitkan Yoon Suk-yeol Dijadual 14 April
- Usul Pecat PM Korea Selatan Ditolak
- Kerajaan Pocheon Mahu Latihan Tentera Korea Selatan-AS Dihentikan
- Tujuh Cedera Peluru Jatuh ke Rumah Penduduk Korea Selatan
- Perbicaraan Kes Yoon Suk-yeol Bermula Pagi tadi




