- Lain-lain
Lee Jae-myung, Presiden Korea Selatan ke-21
Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat Korea Selatan telah mengadakan mensyuarat pleno pagi tadi dan mengesahkan calon Parti Demokratik Korea, Lee Jae-myung dipilih sebagai Presiden ke-21 negara itu.
Beliau turut mengangkat sumpah di Parlimen pagi tadi dan tempoh perkhidmatannya sebagai Presiden Korea Selatan berkuatkuasa serta merta.
Keputusan pengiraan undi yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya Korea Selatan pada Rabu menyaksikan Lee Jae-myung memperoleh 49.42% undi, manakala calon Parti Kuasa Rakyat, Kim Moon-soo pula mendapat 41.15% dan Lee Jun-seok dari Parti Reformasi telah memperoleh 8.34% undi.
Dalam ucapannya awal pagi tadi, beliau mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada rakyat Korea Selatan.
Lee Jae-myung berkata tugas utamanya ketika ini adalah memulihkan ekonomi dan kehidupan rakyat.
Beliau juga menyatakan hasratnya untuk mencari jalan dialog bagi mencapai kehidupan dan kemakmuran bersama antara Korea Selatan dan Korea Utara.
- Han Duck-soo akan Bertanding dalam Pilihan Raya Presiden Korea Selatan
- Pilihan Raya Presiden Korea Selatan Bakal Diadakan pada 3 Jun
- Kebakaran Hutan Korea Selatan Ragut 22 Nyawa
- Perbicaraan Awam Pertama Babitkan Yoon Suk-yeol Dijadual 14 April
- Usul Pecat PM Korea Selatan Ditolak
- Kerajaan Pocheon Mahu Latihan Tentera Korea Selatan-AS Dihentikan
- Tujuh Cedera Peluru Jatuh ke Rumah Penduduk Korea Selatan
- Perbicaraan Kes Yoon Suk-yeol Bermula Pagi tadi
- Presiden Korea Selatan Yoon Suk-yeol Ditangkap
- Korea Selatan Siasat Insiden Pelepasan Sisa Radioaktif 'Tak Normal'